Bidang Tugas Jawatankuasa HEM
1. Jawatankuasa Disiplin dan Lembaga Pengawas
a) Jawatankuasa Lembaga Pengawas
- Melantik Pengawas
- Melantik ketua Pengawas sebagai ketua pemimpin pelajar
- Menasihatkan dan membimbing pengawas
- Menjalankan kursus dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian bagi memantapkan kepimpinan Pengawas
b) Jawatankuasa Disiplin Murid
- mengaturkan dasar-dasar serta program-program untuk meningkatkan disiplin pelajar
- bertanggungjawab sebagai satu badan penasihat pelajar-pelajar sekolah
- Memberi nasihat dan amaran kepada pelajar yang melanggar peraturan dan disiplin sekolah
- Membuat keputusan menentukan hukuman keatas pelajar yang melakukan kesalahan.
- Bertanggungjawab ke atas keseluruhan disiplin pelajar
- Bertanggungjawab menyelia, mengemaskini atau meminda peraturan sekolah
- Memberi nasihat atau taklimat tentang disiplin kepada pelajar
- Bekerja erat bersama pegawai perhubungan polis sekolah dengan mengadakan ceramah, lawatan berkala dan program pemantapan disiplin di sekolah
2. Jawatankuasa Kebersihan, Keselamatan dan Keharmonian Sekolah
a) Bangunan dan kelas
- Mengawasi kebersihan dan keceriaan bangunan sekolah agar sentiasa terjaga
- Menganjur dan mengelola projek-projek kebersihan dan keceriaan
- Bekerjasama dengan guru bertugas harian untuk menentukan bangunan sekolah dan kelas sentiasa kemas, bersih dan teratur
- Memastikan semua kelas mempunyai penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah yang mencukupi untuk setiap penggal
- Memberi amaran dan denda jika kelas-kelas tidak mematuhi arahan
- Menggalakkan pelajar menghias dan menampal bahan-bahan yang berkaitan dengan pelajaran di papan kenyataan di dalam kelas.
- Mengambil tindakan segera sekiranya harta benda dan belajar terancam
b) kawasan sekolah
- Mengawasi kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah
- Mengadakan projek-projek penanaman pokok-pokok perhiasan untuk kawasan sekolah
- Mengadakan tatacara penjagaan pokok-pokok di kawasan sekolah
- Menghubungi DBKL atau pihak lain untuk mendapatkan bantuan bahan menanam
- Membantu dalam menghiasi pentas dewan terbuka semasa majlis-majlis rasmi sekolah
c) Kantin Sekolah
- Memeriksa kebersihan kantin termasuk kawasan kantin, mutu makanan yang dijual, harga, perabot kantin, sinki, longkang, tong sampah dan lain-lain yang berkaitan
- Menapiskan sebarang aduan, sungutan atau laporan dari kakitangan dan pelajar
- Membantu guru bertugas membuat laporan mengenai kantin sekolah
- Menentukan kantin sentiasa dalam keadaan bersih, teratur dan selesa
- Bertugas semasa waktu rehat untuk mengawasi disiplin pelajar semasa rehat-Membantu guru bertugas menjaga disiplin pelajar semasa perhimpunan selepas rehat
d) Jawatankuasa Keselamatan dan Latihan Kebakaran
- Memastikan segala aspek keselamatan sekolah dikawal dengan rapi
- Mengadakan kawad kebakaran dua kali setahun
- Mengambil tindakan segera sekiranya sekolah, harta benda awam serta pelajar terancam
- Memastikan pelawat-pelawat mendapatkan pas yang sah
- Mencegahkan kes-kes gangsterimse dan peras ugut
- Memastikan laluan kenderaan di hadapan sekolah sentiasa dalam keadaan terkawal
e) Jawatankuasa Penyelenggaraan Perabot dan Bangunan
- Menerima bekalan perabot baru dan menyimpan buku stok untuk disimpan di akhir tahun
- Memastikan semua perabot mencukupi dan dalam keadaan baik dan bersih
- Melaporkan kepada pihak pentadbir sekiranya perabot tidak mencukupi
- Membaiki perabot yang rosak-Menomborkan dan memastikan perabot-perabot berada dalam keadaan terkawal
f) Jawatankuasa Tandas
- Mengawalselia penggunaan tandas murid lelaki dan perempuan
- Memastikan pekerja pembersihan swasta menjalankan tugas membersihkan tandas sebanyak 3 kali sehari
- Memantau dan memastikan murid menggunakan tandas dengan cara yang betul
- Mengadakan ?Pemeriksaan Kejut? dari masa ke semasa untuk mengekalkan keselesaan dan kebersihan dalam tandas.
- Mengadakan ceramah / takimat kepada murid tentang penjagaan dan penggunaan tandas di sekolah
- Melaporkan dan mengambil tindakan proaktif dalam penyelesaian masalah-masalah yang timbul
- Mengatur program dan tatacara penggunaan tandas yang sesuai supaya kebersihan tandas sentiasa dijaga
g) Jawatankuasa Pencegahan Denggi
- Bekerjasama dengan guru tingkatan untuk mendapatkan data kes denggi yang melibatkan murid sekolah dan melaporkan ke JPWP
- Mengadakan ceramah, program pencegahan wabak denggi di sekolah
- Bekerjasama dengan pekerja pembersihan swasta daam pembasmian tempat pembiakan nyamuk di kawasan sekolah
- Mengadakan pemeriksaan berkala kawasan sekolah supaya bebas daripada tempat takungan air dan membubuh ubat ?ABATE? jika perlu
- Bekerjasama dengan DBKL dan meminta semburan ubat ?Fogging? kawasan sekolah jika perlu
3. Jawatankuasa Pinjaman Buku Teks
- Menyimpan stok SPBT dan menyemaknya di awal dan akhir tahun-Memproses semua borang SPBT
- Mengedar buku-buku teks kepada pelajar yang layak dan mengutip baik buku teks pada akhir penggal
- Menerima buku teks dari Kementerian Pelajaran dan merekodkan ke dalam buku stok
- Mengisi dan menyempurnakan borang-borang SPBT dan lain-lain borang yang berkaitan dengan SPBT
- Menyediakan arahan-arahan tentang pengurusan SPBT dan memaklumkan kepada semua guru dan pelajar
- Memastikan pelajar-pelajar menjaga kebersihan buku pinjaman dan menggantikan buku yang rosak
4. Jawatankuasa Biasiswa dan Kebajikan Murid / Jawatankuasa Bantuan Murid Sekolah
- Menyimpan rekod pelajar yang menerima biasiswa atau bantuan
- Memberi nasihat kepada pemegang biasiswa cara mengguna wang biasiswa yang diberikan
- Berhubung dengan kerani sekoah tentang surat-menyurat untuk menuntut wang biasiswa dari Jabatan Pelajaran
- Menyelaras buku akaun pemegang biasiswa
- Berhubung dengan Penolong Kanan dan kerani tentang pemegang biasiswa yang masuk dan keluar sekolah
- Menyelaras kutipan derma hal-hal kecemasan dan kematian
- Bekerjasama dengan JK Tabung Kebajikan PIBG
5. Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling
- Merancang dan menyelaras program bimbingan dan kaunseling bersama guru-guru bimbingan dan kaunseling
- Menyelaras dan menyelia rekod bimbingan dan kaunseling pelajar dan menyediakan laporan yang diperlukan
- Menganjurkan ceramah-ceramah kerjaya untuk semua pelajar
- Merancang dan menyelaras program PRS
- Bersedia membimbing pelajar-pelajar dalam memilih kerjaya mereka
- Menjalankan program motivasi untuk pelajar
- Menjalankan program teknik menjawab soalan peperiksaan
- Memberi khidmat kaunseling yang sewajarnya kepada murid-murid bermasalah disiplin yang dirujuk kepadanya
- Mengadakan kaunseling individu dan kelompok kepada murid-murid yang memerukannya
- Menyusunatur dan melaksanakan program terancang sepanjang tahun dalam membantu sekolah membangunkan akademik, kokurikulum dan disiplin murid
6. Jawatankuasa Kesihatan dan Pergigian Murid
- Menguruskan dan menyelaras program kesihatan yang dianjurkan oeh DBKL
- Menyediakan peti pertolongan kecemasan di bilik guru, bilik kesihatan, pejabat sekolah
- Menganjurkan ceramah-ceramah tentang kesihatan-Menguruskan bilik kesihatan supaya selalu bersih dan boleh digunakan oleh murid sakit bila perlu
- Memaparkan info-kesihatan pada papan kenyataan bagi mendidik murid tentang kepentingan menjaga kesihatan dari semua aspek
7.Jawatankuasa Majalah Sekolah
- Bertanggungjawab menubuhkan redaksi majalah sekolah
- Menentukan kandungan yang sesuai untuk majalah sekolah
- Mendapatkan iklan majalah sekolah
- Memilih dan menyunting bahan daripada pelajar
- Menguruskan sesi bergambar serta pengambilan gambar untuk semua aktiviti sekolah
- Mengedarkan majalah kepada pelajar dan sekolah-sekolah lain
8. Jawatankuasa Buku Kedatangan Pelajar dan Data Ponteng
- Menyemak dan memeriksa buku kedatangan pelajar
- Mengingatkan guru kelas supaya mengirim surat kepada penjaga jika didapati pelajar selalu tidak hadir dan ponteng
- Menentukan buku kedatangan pelajar diisi dengan betu dan ditutup tiap-tiap akhir bulan
- Membimbing guru untuk mengisi segala butir-butir dengan betu sebagaimana yang dikehendaki
- Memastikan buku jadual kedatangan pelajar disimpan dalam tempat yang
- Mengingatkan guru-guru bahawa buku jadual kedatangan pelajar tidak boleh dibawa pulang
- Mengisi borang kenyataan ponteng tiap-tiap bulan bila buku kedatangan murid ditutup
- Menempatkan pelajar-pelajar di dalam kelas
- Menguruskan kemasukan pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan
- Mengawal pencatatan bilangan kemasukan murid di dalam BUKU PENDAFTARAN SEKOLAH
- Mengingatkan guru tingkatan dan memastikan rekod enrolmen terkini setiap tingkatan dicatat pada papan kenyataan dalam pejabat
9. Jawatankuasa Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan
- Membantu dalam perlantikan ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan
- Memantau tugas-tugas yang dijalankan oleh ketua-ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan
- Menasihatkan dan membimbing ketua-ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan
- Menjalankan kursus dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian bagi memantapkan kepimpinan ketua tingkatan dan penolong tingkatan
10. Jawatankuasa Sistem Maklumat Murid (SMM) dan Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM)
- Memastikan semu butiran SMM dimasukkan ke dalam komputer oleh guru tingkatan
- Menghantar maklumat SMM/SSDM yang lengkap ke Jabatan Pelajaran mengikut jadual yang ditetapkan
- Menyemak dan mengemaskini rekod SMM/SSDM dari masa ke masa dengan bantuan guru tingkatan
No comments:
Post a Comment